Wednesday 11 May 2011

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DOMESTIK

 
Darsawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di negara kita .Pada tahun 2007, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan seramai 20.6 juta orang dengan perolehan pendapatan RM46.2 bilion. Senario ini, menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan dikampung dan merasai budaya dan adat resam ini sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan domestik akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan domestik ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan pusat pelancongan dalam dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan pantas.  Oleh itu, kerajaan mesti memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada kini, dengan  membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan tempat-tempat peranginan  di negara kita  kepada kepada masyarakat luar.  Dalam hal ini,  kerajaan mesti melipatgandakan usaha memperkenalkan Malaysia dengan melancarkan pelbagai program pembangunan pelancongan, jika tidak  industri ini akan terus hilang ditelan zaman, sekali  gus  mengurangkan pendapatan penduduk setempat.  Tegasnya, kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.

Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan domestik  agar terus berkembang  dengan menyediakan prasarana yang lengkap  dan moden. Hal ini demkian kerana, kemudahan prasarana dan infrastuktur yang sempurna dan kondusif  akan menarik minat pengunjung untuk pergi ke destinasi tersebut. Dan apabila mereka pulang ke tempat asal sudah pasti mereka akan menghebahkannya kepada rakan-rakan.  Dalam hal ini, Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menlengkapkan   infrastruktur di negara kita sebagai tarikan kepada para pelancong.  Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi  negara kita melalui pengaliran mata wang asing. usaha menaik taraf  destinasi pelancongan ini merangkumi infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri pelancongan negara akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan  infrastruktur agar industri pelancongan  di negara kita terus berkembang maju.

Selain itu, pihak pengurusan ‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing dan pelancong tempatan untuk beraktiviti,  sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Sebagai contohnya, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian,aktiviti menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancing asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen,sudah pasti industry pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya,pihak pengurusan ‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga bertanggungjawab mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan di desa-desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Dalam hal ini,  kerajaan boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan lagi kemasukan  pelancong ke negara kita. Hal ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan, khasnya  Kementerian Pelancongan kerana tidak ramai rakyat Malaysia dan pelancong asing  mengenali kawasan-kawasan desa yang strategik untuk mereka lawati di negara kita. Kerajaan perlu lebih proaktif kerana 80 peratus ekonomi negara bergantung kepada sektor pelancongan. Kemasukan  pelancong asing  secara tidak langsung dapat meningkatkan  sumber pendapatan  negara. Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen pelancongan desa menerusi media massa dan media elektronik. Promosi  pelancongan juga boleh dilaksanakan melalui lawatan pembesar negara beserta rombongan kebudayaan dan artis-artis ke negara jiran boleh menimbulkan keinginan masyarakat luar negara untuk mengenali Malaysia lebih dekat lagi, seperti kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah menguar-uarkan   keindahan dan keistimewaan Malaysia  pada peringkat antarabangsa.

 Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong  untuk mengenali dengan lebih  dekat lagi. Secara tidak langsung, pelancong  yang berkunjung  ke  kawasan berkenaan akan  mengetahui selok belok  kebudayaan masyarakat di situ. Sebagai contohnya, kerajaan boleh menganjurkan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu.   Promosi yang berkesan akan menjayakan lagi  kempen kerajaan, iaitu, “cuti-cuti Malaysia”,  ‘Tahun Melawat Malaysia” dan "Kenali Malaysia, Cintai Malaysia'.   Tegasnya,  kerajaan  tidak memandang enteng akan hal ini sebaliknya perlu bekerja keras mempromosikan kawasan-kawasan  pelancongan  domestik kepada pelancong dalam dan luar negeri  untuk menghasilkan pulangan yang lumayan terhadap pembangunan ekonomi negara.

Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan domestik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan,batik dan kraftangan. Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan domestik di negara kita dapat terus berkembang  dan menjadikan kawasan  tersebut  pusat pelancongan desa.

Sebagai intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai ‘aur dan tebing’ dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan domestik di negara kita. Pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri  lain yang berkaitan. seperti industri kraftangan, "homestay" dan industri makanan ringan.  Dari sudut  komersial pelancongan, sudah tentu para pelancong yang datang ke destinasi tersebut akan membeli ole-ole sebagai buah tangan  sebagai kenangan atau untuk dihadiahkan kepada orang  yang istimewa.  secara tidak langsung  kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan pendapatan perkapita penduduk Malaysia.   Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan  bahawa penduduk negara kita 'masih tinggal di atas pokok dan bercawat’.  Tegasnya, industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta.

Tuesday 10 May 2011

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT

Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Bincangkan usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Muktahir ini, Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Gaya hidup sihat merangkumi aspek fizikal, mental dan rohaniah. Namun begitu, masyarakat Malaysia hari ini masih kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Mengikut kajian, kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap sakit jantung, manakala 19% daripada jumlah penduduk Malaysia diklasifikasikan sebagai obes. Saban hari, kita juga sering mendengar berita tentang gejala sosial seperti kes pembunuhan, kes rogol atau kes ragut beg tangan terpapar di dada akhbar. Hal ini jelas menunjukkan masyarakat Malaysia masih kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Persoalanyang tidak lekang daripada bibir masyarakat ialah apakah usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?
Antara usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah menggalakkan orang ramai untuk bersukan atau beriadah. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chek sendiri mengakui kepentingan sukan untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan bersukan, kita dapat meningkatkan kesihatan diri kita dari aspek fizikal. Menurut laporan satu kajian, sekiranya seseorang itu bersenam selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu, seseorang itu dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik seperti penyakit hipertensi, sakit jantung atau penyakit tekanan darah tinggi. Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan juga dapat meningkatkan ketumpatan biojisim tulang dan mengurangkan risiko golongan wanita menghidapi penyakit osterioporosis apabila tua kelak.
 Di samping itu, amalan bersukan juga menjadikan otot kardium atau otot jantung lebih kuat dan memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar. Amalan bersukan juga dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung atau strok kerana kolestrol yang berlebihan akan digunakan untuk menjana tenaga semasa bersukan dan mengelakkan kolestrol tersebut daripada terenap di saluran darah dan menghalang darah mengalir dengan lancar. Menurut majalah “Reader’s Digest”, amalan bersukan juga dapat membantu mengatasi masalah kegendutan. Seseorang itu akan dikategorikan sebagai gendut sekiranya dia mempunyai jisim yang melebihi jisim yang sepatutnya untuk ketinggian sebanyak 20%.  selain itu, pimpinan negara turut sedar akan kepentingan amalan bersukan telah turun padang untuk mengetuai orang ramai dalam aktiviti senam erobik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bersukan memang dapat membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Dalam pada itu, amalan pemakanan yang betul dan seimbang juga dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap hidangan yang lengkap harus terdiri daripada karbohidrat, protein, lipid, serabut, vitamin, garam mineral dan air. Makanan yang mengandungi lipid dan kolestrol harus merangkumi hanya 5% daripada satu hidangan lengkap. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita dan memastikan metabolism  badan berjalan secara lancar. Protein pula akan membantu badan kita membina sel dan tisu badan yang baru. Vitamin dan garam mineral merupakan nutrien yang tidak membawa sebarang nilai tenaga tetapi penting untuk mengekalkan fungsi badan yang optimum. Misalnya, vitamin D penting bagi membantu penyerapan ion kalsium dan ion fosferus serta membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta sihat, manakala garam mineral ferum penting untuk membentuk hemoglobin yang diperlukan untuk pengangkutan oksigen dalam proses respirasi. 
Selain itu, serabut yang diperoleh daripada sayur-sayuran penting untuk memastikan proses penyejatan berlaku dengan lancar dan masalah sembelit dan penyakit kolon dapat dielakkan. Badan kita terdiri daripada 75% air. Oleh itu, air merupakan suatu komponen penting dalam badan dan seseorang itu seharusnya meminum sebanyak dua liter air sehari. Air berfungsi sebagai medium untuk tindak balas biokimia dalam badan serta membantu mengekalkan suhu badan pada suhu 31darjah selsius., iaitu suhu yang optimum untuk enzim badan. Amalan pemakanan yang betul juga termasuk mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam atau kandungan gula yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan seseorang itu menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi, manakala kandungan gula yang tinggi akan mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit kencing manis atau penyakit diabetis melitus, iaitu keadaan apabila hati seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan glukosa menjadi glikogen. Oleh itu, amalan pemakanan yang betul akan membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu harus menghindari amalan merokok atau meminum arak. Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap hisapan rokok boleh memendekkan tempoh hayat seseorang itu sebanyak lima saat. Setiap batang rokok pula mengandungi kira-kira 4000 jenis racun, termasuklah prestisid, nikotin, formaldehid dan insektisid. Bahan-bahan kimia sedemikian yang disedut ke dalam badan seseorang perokok akan mengakibatkan mutasi sel berlaku. Seseorang perokok besar kemungkinan akan menghidapi penyakit kanser. Paru-paru seseorang perokok akan mengalami pembahagian sel secara tidak terkawal sehingga mengakibatkan seseorang itu menghidap kanser peparu. Trakea seseorang perokok pula akan melecur dan mengakibatkan kesakitan yang kronik.
Apabila menyedari hakikat tersebut, pihak kerajaan telah melancarkan kempen “Tak Nak!
terhadap rokok kerana  setiap sedutan akan  membawa padah!”.  Kempen ini bertujuan  menyedarkan orang ramai tentang kesan negatif merokok sekali gus menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan menghindari amalan tersebut. begitu juga jika seseorang itu meminum arak secara berlebihan, mereka akan mengalami gangguan emosi dan kehilangan keupayaan untuk berfikir secara logik dan rasional. Selain itu, seseorang yang kerap meminum arak juga akan merosakkan hatinya dan kehilangan keseimbangan badan. Kerap kali, seseorang yang mabuk akan memandu dan seterusnya mengakibatkan nahas jalan raya berlaku. Untuk menggalakkan orang ramai supaya menghindari amalan negatif sebegitu, pihak kerajaan telah mengenakan peningkatan duti eksais untuk rokok dan arak dalam Belanjawan 2005. Jelas sekali, bahawa amalan tidak merokok dan tidak meminum arak, juga merupakan gaya hidup sihat.

Di samping itu, untuk mengamalkan gaya hidup sihat dari segi mental dan rohaniah, seseorang itu harus mempunyai didikan agama atau moral sejak kecil lagi bak kata pepatah, “Melentur buluh,biarlah daripada rebungnya.” Dengan menyemai nilai-nilai murni, seseorang itu pasti akan bersikap bertanggungjawab dan menjauhi gejala sosial seperti merompak, merogol atau membunuh. Selain itu, seseorang itu juga harus bergaul dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh positif dan menjauhi rakan ‘celaka’ yang akan mengakibatkan seseorang itu terjebak ke dalam kancah maksiat. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak serta bersikap prihatin terhadap anak-anak untuk memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang kondusif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sebagai  natijahnya, untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya berusaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat pasti akan dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, lalu impian untuk mewujudkan negara Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat Satu Malaysia menjadi realiti. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.




























PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH

CONTOH KARANGAN LENGKAP: BAHAGIAN B

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Dalam era globalisasi, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur negatif daripada media
massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan
mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang
pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak  yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai  contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka  dapat mengawal diri dan tidak
mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada  mereka  agar membesar sebagai  insan bijaksana dan beretika.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun,  ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.  Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur  dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan  anak-anak yang  keperibadian terpuji, bersahsiah dan   dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia.













MODUL ANTOLOGI HARGA REMAJA




Modul Antologi Harga Remaja

Latihan: Pantun Empat Kerat (Budi)


Baca Pantun Empat Kerat (Budi) dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.


1.       Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Orang yang mati
meninggalkan nama seperti yang terdapat dalam pantun tersebut?                                                                                                       ( 2 markah )




2         Pada pendapat anda, mengapakah budi dipandang mulia oleh manusia?                          ( 3 markah )




3 Huraikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut dengan membuat contoh yang sesuai.                                                                                                      ( 4 markah )














Latihan:  Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran )
                   
Baca Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat sendiri.


1.       Apakah maksud rangkap pertama pantun tersebut?                                                                  (2 markah)



2.       Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya seseorang itu memilih isteri bedasarkan kecantikan sahaja
                                                                                                                                                               ( 3 markah )




3.        Nyatakan empat ciri-ciri Pantun Empat Kerat ( Jenaka dan Sindiran                      ( 4 markah )













Latihan-Syair Definisi Orang Berakal


Baca  Syair Definisi Orang Berakal dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.


1.       Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Mencari kupasan jangan tersemu seperti yang terdapat dalam syair tersebut?                                                                                                      ( 2 markah )



2.        
Pada pendapat anda, wajarkah kita Tiadalah menyombong pada bekerja sebagaimana yang tertera dalam rangkap kelima puisi ini?                                                                                                    
Berikan alas an anda.                                                             (4 markah)





3.       Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair ini.                                                        
                                                                                                       ( 3 markah )












Latihan :  Syair Siti Sianah


Baca Syair Siti Sianah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutya menggunakan ayat anda sendiri.


1.       Apakah perkara penting yang terdapat dalam syair di atas?                                                      
                                                                                               ( 2 markah )




2.       Apakah perbezaan antara wanita berhemah dengan wanita yang suka bersosial?                                                                      ( 3 markah)




3.       Huraikan empat gaya bahasa yang terdpat dalam syair di atas.                                           
                                                                                                  ( 4 markah )


















Latihan : Gurindam 12 Fasal yang Keenam



Baca Gurindam 12 fasal Keenam dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

1.       Apakah kepentingan mencari isteri yang boleh menyerahkan diri?                                 
                                                                                              ( 3 markah )




2.       Apakah kesannya jika seseorang kawan yang kita pilih itu tidak setia dan berlaku curang kepada kita
                                                                                                                                                         
                                                                                                ( 3 markah )





3.       Huraikan tiga pengajaran dalam syair di atas.                                                                      
                                                                                                ( 3 markah )












Latihan : Seloka Emak Si Randang

Baca seloka dibawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

1.       Nyatakan tiga sikap negatif Emak Si Randang dalam seloka ini.                                      
( 3 markah )





2.       Sekiranya anda sahabat Emak Si Randang, apakah tiga nasihat berguna yang akan anda berikan kepadanya?
                                                                                                        ( 3 markah )





3.       Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut.                                                                               (4 markah)
                                                                                                                  














Latihan : Harga Remaja

Nada sajak ini adalah nasihat dan dorongan. Sajak ini menasihati pembaca agar sentiasa menghargai usia remaja.

1.       Apakah tema bagi sajak ini?                                                                                                            
(2 markah )




2.       Jelaskan satu contoh gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.                                        
                                                                                                   ( 2 markah )




3.       Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.                                                          
( 4 markah )

















Latihan : Di Perpustakaan


Baca sajak Di Perpustakaan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.

1.       Apakah perasaan yang  dialami oleh penyair sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke perpustakaan?
                                                                                                                                                                
( 2 markah )





2.       Apakah jenis gaya bahasa yang terdapat pada frasa bahtera ilmu di sini pada rangkap kedua dalam sajak ini?                                                                                                                                              
                                                                                                   ( 2 markah )





3.       Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak ini?                                                                   
( 4 markah )










Latihan : Mengintai Ruang Insaf


Baca sajak Mengintai Runag Insaf dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri


1.       Apakah perkataan yang sinonim dengan perkataan aksara pada rangkap ketiga, baris kesebelas dalam sajak ini ?




2.       Pada pendapat anda, mengapa penyair bimbang sekiranya tidak ada lagi ruang keinsafan untuknya ?




3.       Nyatakan dua pengajaran yang dapat dicontahi pembaca daripada sajak ini ?


















Latihan: Mahsuri


Baca sajak Mahsuri engan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.


  1. Apakah tema bagi sajak ini ?




  1. Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.




  1. Nyatakan dua cara yang berkesan untuk mengangkat martabat karya kesusasteraan tanah air ke peringkat antarabangsa.
















Latihan: Adat sezaman

Baca sajak adat sezaman dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.


1.       Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penyair dalam rangkap pertama ?




2.       Nyatakan dua persoalan yang terkandung da dalam sajak ini.





3.       Buktikan bahawa gaya bahasa anaphora wujud dalam sajak ini.

















Latihan: Tiba Waktunya



Baca sajak Tiba Waktunya dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.


1.       Apakah bentuk bagi sajak ini?




2.       Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.






3.       Apakah cabaran yang perlu dihadapi oelh golongan wanita untuk bersaing di era globalisasi yang didominasi oleh kaum lelaki?












Latihan: Pelayaran yang penug peristiwa


 Baca petika prosa tradisional pelayaran yang penuh peristiwa  dengan teliti. Jawab semua soalan-soalan dengan ayat anda sendiri.


1.       Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penyair dalam rangkap pertama?





2.       Apakah maksud baris bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya?





3.       Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawamemarahi jurumudi?











Latihan: Merah Silu

Baca prosa tradisional Merah Silu dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut dengan jawapan anda sendiri.

1.       Apakah tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacinh gelang?





2.       Apakah maksud rangkai kata setelah putus bicara dua bersaudara itu?





3.       Jelaskan kemana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempatsebelum dirajakan di Rimba Jerun.






4.       Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal.







Latihan: Hikayat Indera Nata


Baca prosa tradisional Hikayat Indera Nata dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan dengan jawapan anda sendiri.


1.       Nyatakan reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain hitam menjadi putih tidak berhasil .





2.       Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh ular dan naga? Mengapakah anda berpendapat demikian?





3.       Pada pendapat anda, mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumahnya?













Latihan: Hikayat Khoja Maimun


Baca prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah dengan jawapan anda sendiri.


1.       Apakah maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?




2.    Huraikan dua persoalan dalam hikayat khoja maimun daripada keseluruhan cerita.





3.    Pada pendapat anda, mengapakah seseorang isteri harus mentaati suaminya?













Latihan: ibu dan ceper

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan ayat anda sendri.



            Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampong kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana habis jahanam keran sungai Ceper betul-betul mengamuk.
                Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan mengamuk menentang ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah, tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.
                Sekali ibu kembali mengamuk lagidan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbula-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper sajauntuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dahulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

(Dipetik daripada cerpen”Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad
 
 
































1.       Apakah kesan kepada penduduk kampung apabila Ceper menimbulkan masalah?
Nyatakan tiga kesan tersebut.






2.       Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas.






3.       Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.


















Latihan: Memori seorang tua

Baca cerpen Memori seorang tua dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan ayat anda sendiri.

1.  Apakah hasrat Pak Itam berdasarkan cerpen ini?





2.  Pada pendapat anda, wajarkah tindakan bekas isteri Pak Itam meminta cerai?





3.  Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah.
















 Latihan: Israk

Baca cerpen israk dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1.       Sekiranya anda ialah Mikraj, bagaimanakah langkah terbaik untuk menyedarkan Israk daripada sikap egonya?





2.       Mengapakah Israk sering berkelakuan negetif?





3.       Pada pendapat anda, apakah kaedah terbaik untuk menginsafkan Israk?


















Latihan: Pemain catur


Baca cerpen Pemain catur dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.


1.       Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha untuk “melakar kembali nama al-Hakam di papan catur”? Mengapa?





2.       Bedasarkan halaman 143 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, mengapakah Uj mengajak Um berlawan catur?





3.       Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh keenam-enam beradik itu ketika ibu mereka sakit?
















Latihan: Gelanggang Tuk Wali


Baca drama gelanggang tuk wali dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan anda sendiri.


1.       Mengapakah Tuk Wali meminta Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya sebagai guru silat?






2.       Pada pendapat anda, wajarkah “aku” menyerahkan keris tersebut kepada Ripin? Mengapa?






3.       Pada pendapat anda, adakah Ripin layak menggantikan Tuk Wali? Mengapa?









Latihan: Forum Remaja 2020


Baca drama forum remaja 2020 dengan teliti. Kemudian, jawan soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan anda sendiri.


1.       Apakah strategi kepemimpinan yang perlu dilaksanakan bakal pemimpin?






2.       Berdasarkan halaman 233 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, nyatakan dua kualiti yang dimiliki Malaysia untuk menjadi negara model.






3.       Pada pendapat anda, mengapakah Chong, Salmah, dan Chandran menentang pendapat MU I yang menyatakan bahawa Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model?











Latihan: Cempaka berdarah

 Baca drama Cempaka berdarah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan anda sendiri.

1.       Berdasarkan halaman 244 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, berikan dua sebab Cempaka risau tentang abangnya yang tidak pulang sewaktu cuti penggal.






2.       Pada pandangan anda, mengapakah Mak Jah teragak-agak hendak bercerita tentang hal Cempaka dan kemudiannya Mak Jah pula berasa bimbang?






3.       Pada pendapat anda, mengapakah seorang murid atau pelajar harus menghormati gurunya?