Wednesday, 8 June 2011

LATIHAN MEMBINA AYAT


LATIHAN 1
LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KOSA KATA


1.rantam       bersama-sama membuat sesuatu pekerjaan
·   Tugasan itu dapat kami siapkann secara rantam.

2.            sagur           perahu yang diperbuat daripada batang kayu
·   Suatu ketika dahulu perahu sagur digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman.

3.            takzim        amat hormat, penuh hormat dan sopan
·   Pengacara majlis itu dapat menjalankan tugas dengan penuh takzim.

4.            tetua           bintik-bintik hitam pada kulit pipi, jagat
·   Dia cuba menghilangkan tetuanya dengan menggunakan krim itu.

5.            ungkal        tidak mahu menurut, degil
·   Masih ada murid yang ungkal walaupun segala peraturan itu untuk kebaikan.

6.            vila  rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota
·   Bintang filem itu membina sebuah vila di kaki Gunung Ledang. 






LATIHAN 2
LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KOSA KATA

1.kentara      jelas kelihatan
v  Bandar raya itu begitu kentara dari puncak bukit.

2.lancip  tirus ke hujung, runcing
v  Bentuknya yang lancip menjadikan lembing itu meluncur laju.

3.majal     tidak tajam (pisau, pedang dll), benak (fikiran, akal).
v  Golok dan parang menjadi majal jika terbiar di luar rumah.

4.nyelap  tidak sedarkan diri
v  Rosnah nyelap beberapa kali sejak pulang dari pulau itu.

5.ompong      oleh-oleh, buah tangan
v  Bawalah ompong apabila melawat pesakit.

6.  palen  barang-barang kelontong, barang yang diguna hari-hari.  (spt selipar, sabun mandi dll)
Setiap peserta kursus perlu menyediakan palen secukupnya






LATIHAN 3
LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KOSA KATA


1.      anani              - hanya mementingkan diri sendiri
·         Dalam kehidupan bermasyarakat, sifat anani tidak wajar diamalkan.

2.     bintat  -         bengkak kecil pada kulit (biasanya akibat gigitan serangga)
·         Lengannya bintat kerana gigitan nyamuk.

3.     cengil keras dan pedas (berkenaan percakapan), garang
·         Dia perlu berhati-hati apabila berada di rumah Fatimah kerana bapanya cengil.

4.     Dampit -        degil, keras kepala
·         Jika mahu berjaya dalam pelajaran janganlah dampit.

5.     Ekstradisi  -  penyerahan seseorang penjenayah kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan.
·         Tidak semua negara di dunia ini yang membuat perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

6.      gasar  - ganas dan kasar
·         Kanak-kanak perlu dilatih oleh ibu bapa dengan adab berinteraksi dengan orang lain agar tidak menjadi gasar apabila remaja.

No comments:

Post a Comment