Thursday, 21 April 2011

KOLEKSI PERIBAHASA MELAYU




1.      Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2.     
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
3.     

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
4.     
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
5.     
 Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
6.     
 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat
7.     
 Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
8.     
 Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

9.     Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

10.Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

11.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

12.Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

13.Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

14.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

15.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

16.Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

17.Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

18.Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

19.Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

20.Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.

21.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

22.Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

23.Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

24.Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

25.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

26.Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula.

27.Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

28.  Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

29.Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu..

30.Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

31.  Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : Perantau yang pulang ke tempat asal.

No comments:

Post a Comment