Friday 22 April 2011

Tatabahasa-penggunaan Imbuhan Me...kan dan Me...i

Penggunaan imbuhan apitan  me…kan dan imbukan me…i  

Secara umumnya, pelajar masih kurang cekap menggunakan imbuhan me…kan dan me…i dalam ayat. Perhatikan penggunaannya.

 Rumus:
me-…-kan  ( mesti diikuti oleh   Objek Bergerak
me-….-I      ( mesti diikuti oleh  Objek Tidak Bergerak

1.      Huraian:
Apitan men-…-kan dan men-…-i yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-i diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:
1. Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik ialah objek bergerak).
2. Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu ialah objek tidak bergerak)

Latihan :
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]

(1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [  ]
(2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa.[  ]
(3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [  ]
(4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [  ]
(5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [  ]
(6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [  ]
(7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [  ]
(8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [  ]
(9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [  ]
(10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [  ]

(Dipetik daripada Buku Esensi Bahasa Malaysia PMR2009 terbitan Pearson-Longman Malaysia Sdn. Bhd)













 Pasangan apitan me---kan dan awalan me- ….

Rumus:
Me---kan         -->      (mesti diikuti oleh Objek Bernyawa)
Me-…                -->        (mesti diikuti oleh Objek Tak Bernyawa)

Huraian:
Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa.
Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.

Contoh:
Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa).
Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak  
 bernyawa)

Latihan:
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]
(1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [  ]
(2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [  ]
(3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [  ]
(4) Ibu memasak sup kambing untuk ayat. [  ]
(5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [  ]
(6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [  ]
(7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya.  [ ]
(8) Reza menulis neneknya sepucuk surat. [  ]
(9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [  ]
(10) Mereka akan membeli cenderamata untuk kami. [  ]














12 comments: