2 (d) PUISI
“Pantun Empat Kerat (Budi)”
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi tenang-tenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
(Antologi Harga Remaja, halaman 5).
i. Berikan maksud rangkai kata orang yang mati meninggalkan nama. (2 markah)
Rangkai kata orang yang mati meninggalkan nama membawa maksud seseorang yang besar sumbangan jasanya masih lagi dikenang dan diingati oleh semua orang walaupun jasadnya sudah dikandung tanah.
ii. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang itu tidak mengenal budi?(3 markah)
Pada pendapat saya, masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap orang yang tidak mengenal budi. Selain itu, kehidupannya tidak berkat kerana dia akan dipandang keji oleh masyarakat. Masyarakat juga akan memandang serong terhadap setiap perbuatan yang dilakukan dan menimbulkan kebencian serta disisih oleh masyarakat.
iii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut. (4 markah)
Nilai murni yang pertama adalah keikhlasan. Contohnya, setiap perbuatan, sumbangan, atau pertolongan dilakukan dengan hati yang ikhlas. Nilai mengenang budi turut diselitkan dalam pantun ini. Contohnya walaupun sedikit sahaja kita berbudi dengan orang, budi kita tetap diingat oleh orang sampai bila-bila.
“Sajak Harga Remaja” (Rahman Shaari)
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Melangkah ke ruangmu Tak terteroka
Satu pertukaran yang kontras Yang akan kucatat
Dari kehangatan merata Hanya setitik dari tinta
Ke kedinginan yang menerpa Yang akan kupetik
Terlalu hening di sini Hanya sebiji dari mutiara
Gua pendeta bersemadi Engkau adalah pusaka moyang
Di puncak sepi Gedung peradaban insan
Di sana sini Terhimpun berzaman
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar dahaga
Maju ke ruang buku Di dada samudera
Terlalu kerdil aku di sini Tak berpantai
Terapung di laut ilmu Betapapun kuteguk darinya
Tercurah berzaman Dahaga tak pernah langsai
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari (Antologi Harga Remaja, halaman 18-19).
Bahtera ilmu di sini
i. Apakah maksud dahaga tak pernah langsai berdasarkan sajak di atas? (2 markah)
Rangkai kata dahaga tak pernah langsai bermaksud menuntut ilmu itu tiada had sempadannya, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita disarankan menuntut ilmu seberapa banyak yang mampu.
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. (4 markah)
Pada pendapat saya, cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat adalah ibu bapa digalakkan menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak mereka bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Selain itu, mewujudkan kempen kesedaran tentang kepentingan membaca dan kempen menggalakkan masyarakat membaca. Di samping itu, pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran atau jualan buku dengan harga yang berpatutan bagi menarik minat pengunjung.
iii. Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak ini. (3 markah)
Sajak ini bertemakan perjuangan menuntut ilmu itu tiada batas sempadannya. Persoalannya adalah ilmu itu luas tidak terhitung, selagi hidup selagi itulah kita digalakkan menuntut ilmu. Persoalan lain ialah perpustakaan merupakan gedung ilmu yang wajar dimanfaatkan oleh masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan.

2 (c) PROSA KLASIK
“Pelayaran yang Penuh Peristiwa”
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?” “Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari sauh itu?” Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya. “Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?” “ Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia.” “Siapa namanya?” “Itulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selama ini. Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas di dalam geliung itu. “ Panggilkan Awang Sulung ke mari!” perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan. Awang Sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang mengadap. (Antologi Harga Remaja, halaman 40-41). |
Berikan maksud rangkai kata kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak. (2 markah)
Rangkai kata kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak bermaksud Tuanku Nakhoda Tua tidak pandai membuat penilaian jasa dan kelebihan orang lain iaitu baginda hanya memandang luaran tanpa memandang aspek dalaman seseorang.
Apakah yang membuatkan Tuanku Nakhoda Tua mengagumi Awang Sulung? (3 markah)
Awang Sulung berjaya mengawal kapal dan segala isi yang ada di dalam kapal dengan baik dan sempurna. Selain itu Awang Sulung dapat mengumpulkan wang dinar emas yang banyak hasil pemberian lanun. Awang Sulung juga tidak suka menunjukkan kehebatannya sebaliknya lebih suka merendahkan diri.
Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung enggan datang menghadap Tuanku Nakhoda Tua? (3 markah)
Pada pendapat saya, Awang Sulung enggan datang menghadap Tuanku Nakhoda Tua kerana dia berasa kecil hati kerana sebelum ini dia pernah diusir atau dihina oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk meminta pertolongan membayarkan hutang. Awang Sulung juga berasakan darjat dirinya tidak setaraf dengan baginda. Selain itu, dia bersikap rendah diri kerana menganggap dirinya hanya menumpang teduh di dalam kapal dan masih berhutang.
No comments:
Post a Comment