Friday, 22 April 2011

KOLEKSI PERIBAHASA MELAYU

1.      Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
2.      Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
3.      Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
4.      Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
5.      Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
6.      Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
7.      Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
8.      Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
9.      Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
10.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11.  Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
12.  Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
13.  Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14.  Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
15.  Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
16.  Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
17.  Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
18.  Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
19.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
20.  Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
21.  Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
22.  Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
23.  Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24.  Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
25.  Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
26.  Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
27.  Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
28.  Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
29.  Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
30.  Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
31.  Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
32.  Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
33.  Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
34.  Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
35.  Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
36.  Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
37.  Batu Penghalang
Maksud : Halangan
38.  Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
39.  Meninggi diri
Maksud : Sombong
40.  Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
41.  Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
42.  Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
43.  Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
44.  Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
45.  Murah Hati
Maksud : Pemurah.
46.  Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
47.  Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
48.  Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

1 comment: