Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia. Keadaan ini banyak berpunca daripada pengguna yang hilang kesusilaan ketika memandu.
Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang wajar diambil bagi menyedarkan pengguna jalan raya mengenai perkara tersebut.
Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang wajar diambil bagi menyedarkan pengguna jalan raya mengenai perkara tersebut.
Banyak slogan yang telah disarankan oleh kerajaan untuk menyedarkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu seperti “Jangan biarkan keluarga anda menunggu dalam tangisan” dan “Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat berlumba”. Namun, didapati tidak banyak pengguna jalan raya yang betul-betul memahami seruan kerajaan tersebut. Kini, Malaysia telah disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang mencatat jumlah kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya. Ini merupakan satu keaiban bagi seluruh penduduk di Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor kemalangan haruslah dikenalpasti supaya langkah-langkah yang wajar dapat diambil bagi menyedarkan pengguna mengenai perkara ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan banyak berpunca daripada pengguna yang hilang kesusilaan ketika memandu.Komen yang sentiasa dapat kita dengar daripada pelancong ialah negara kita mempunyai masyarakat yang bersopan santun kecuali ketika memandu. Antara contoh yang jelas ialah gelagat penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di garisan berkembar, dan memotong dari sebelah kiri kenderaan. Perdana Menteri kita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin menyangka bahawa mereka tidak akan menemui maut di jalan raya.
Di samping itu, terdapat juga segelintir pemandu yang ingin mendapatkan keseronokan atau “thrill” ketika memandu laju. Pemandu-pemandu seperti ini akan tidak melepaskan peluang untuk memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan bagi kawasan-kawasan tertentu. Malah, oleh sebab ingin memandu laju, mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang dianggap “biadab” di jalan raya iaitu tidak mematuhi arahan lampu isyarat seperti tidak memberhentikan kenderaan mereka ketika lampu isyarat berwarna merah. Perkara-perkara yang dilakukan ini bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain juga akan turut terancam.
Di samping itu, terdapat juga segelintir pemandu yang ingin mendapatkan keseronokan atau “thrill” ketika memandu laju. Pemandu-pemandu seperti ini akan tidak melepaskan peluang untuk memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan bagi kawasan-kawasan tertentu. Malah, oleh sebab ingin memandu laju, mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang dianggap “biadab” di jalan raya iaitu tidak mematuhi arahan lampu isyarat seperti tidak memberhentikan kenderaan mereka ketika lampu isyarat berwarna merah. Perkara-perkara yang dilakukan ini bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain juga akan turut terancam.
Kemalangan jalan raya telah dikenal pasti sebagai pembunuh utama di negara kita. Menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, sebanyak 20 hingga 30 orang pengguna jalan raya telah terkorban setiap hari. Angka ini akan bertambah ketika musim-musim perayaan ketika jalan raya dan lebuh raya dibanjiri dengan pelbagai jenis kenderaan. Menurut laporan tersebut juga, kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu atau penunggang motosikal yang bersikap angkuh, cuai , dan terlalu ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing sehingga sanggup memandu secara kurang sopan. Sesungguhnya risiko yang diambil itu tidak setimpal dengan bencana yang diterima mereka.
“Kemalangan Sifar” merupakan slogan yang baru dilancarkan oleh kerajaan kita baru-baru ini. Selogan tersebut merupakan satu lagi langkah kerajaan untuk menginsafkan pengguna jalan raya yang memandu di jalan raya secara tidak sopan. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan kemalangan sifar namun kita berharap kempen yang dijalankan itu akan dapat mengurangkan angka kematian yang amat membimbangkan itu.
Sementara itu, Jabatan Polis Bukit Aman pula telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kebanyakan pengguna jalan raya di negara kita lebih takut menerima surat saman daripada takut akan maut di jalan raya. Oleh itu, dendaan melalui saman yang dikeluarkan serta penggantungan lesen memandu merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan jumlah pemandu yang hilang kesusilaan di jalan raya.. Operasi seperti “ops pacak” yang dijalankan oleh pihak polis ketika musim perayaan baru-baru ini sepatutnya dijalankan secara berterusan kerana operasi tersebut didapati berjaya mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
Dalam perkembangan yang lain, kemalangan juga didapati banyak berlaku akibat pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. Hal ini jelas kerana seseorang yang dipengaruhi minuman keras tidak akan dapat membuat agakan yang tepat dan sering hilang pertimbangan serta tidak pasti arah tuju kenderaan yang dipandunya akibat pemandangan yang kabur. Dalam hal ini, sekatan jalan raya sepatutnya diadakan secara berterusan terutamanya selepas jam 12 tengah malam. Hal ini demikian kerana pemandu yang mabuk selalunya berada di jalan raya ketika itu kerana baru keluar dari kelab malam atau pusat-pusat hiburan yang lain. Pemeriksaan kandungan alkohol melalui pernafasan sepatutnya dijalankan dengan lebih berhati-hati agar tidak ada sesiapa yang terlepas daripada peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Walaupun negara kita mempunyai undang-undang untuk mengawal pemandu yang tidak bersopan, namun pada pendapat saya, kesedaran dalam diri pemandu itu sendiri merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan kemalangan. Dengan perkataan lain, pengguna jalan raya hendaklah mempunyai kesedaran sivik. Mereka sepatutnya sedar sikap mereka yang tidak bersopan ketika di jalan raya itu akan menyebabkan keluarga mereka menanggung sensara. Bayangkanlah seorang anak yang kehilangan ibu bapa, isteri yang kehilangan suami, atau penderitaan akibat kecacatan yang kekal sepanjang hayat; semua itu tidak setimpal dengan keseronokan yang bersifat sementara akibat menurut hawa nafsu.
Sebagai warga negara pula, kita tidak mahu mencemarkan nama negara kita sebagai negara yang mempunyai pengguna jalan raya tidak bersopan yang terbanyak. Kita juga tidak mahu nama Malaysia dicatat sebagai negara yang mempunyai kematian terbanyak akibat kemalangan jalan raya. Oleh itu langkah-langkah yang wajar seperti yang telah dibincangkan hendaklah dilaksanakan segera. Sementara itu pemandu yang hilang kesusilaan hendaklah segera sedar dan cuba membaiki kelemahan mereka kerana saya yakin kita tidak mahu keluarga kita menunggu kepulangan kita dengan tangisan. Sedarlah demi keluarga anda yang tercinta!!
No comments:
Post a Comment