KERTAS 2 SPM: SOALAN 4 (a) dan (b)
- Berdasarkan keperluan peperiksaan, ingatlah bahawa jawapan anda untuk ceraian soalan (a) dan soalan (b) mestilah berdasarkan sebuah novel sahaja, maksudnya novel yang sama untuk kedua-dua ceraian soalan berkenaan.
- Seterusnya, teknik menjawab soalan mestilah menepati kehendak konsep. Contohnya, untuk soalan berkonsep pengajaran, jawapan anda mestilah menggunakan kata “janganlah” dan “hendaklah”.
- Begitu juga halnya, jawapan anda untuk soalan berkonsep watak mestilah menekankan sifat watak dan bukannya peristiwa yang melibatkan watak.
- Setiap isi jawapan mestilah disertai contoh. Contoh dapat mengukuhkan isi jawapan dan contoh dapat juga membuktikan bahawa anda telah membaca teks novel yang berkenaan.
- Kepanjangan jawapan anda seharusnya disesuaikan dengan jumlah markah yang diperuntukkan. Oleh sebab markah yang diperuntukkan hanya tujuh dan lapan sahaja, maka lapan hingga sepuluh ayat sudah cukup untuk anda mendapat markah penuh bagi setiap ceraian soalan.
- Yang penting anda berikan sebagai jawapan ialah isi yang betul dan contoh yang tepat. Empat isi yang betul dengan contohnya yang tepat sudah memadai bagi anda memperoleh markah penuh.
No comments:
Post a Comment